Friday 13 January 2017

Happy 2017

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,

Selamat menyambut tahun masihi 2017. Tahun ini akan mencipta satu sejarah, iaitu saya akan menamatkan perkhidmatan dengan Kerajaan Malaysia setelah berkhidmat selama lebih dari 32 tahun di Politeknik Kuantan (1984 - 1991), Politeknik Port Dickson (1991 - 1993), Cuti Belajar melanjutkan pelajaran di peringkat MSc di University Dundee Scotland (1993 - 1994), Politeknik Ungku Omar (1994 -1995), SMT Shah Alam (1995 - 1997), Politeknik Shah Alam (1997 - 2000), Jabatan Pendidikan Teknikal (2000 - 2003), Kolej Komuniti Selayang (2004 - 2009), Politeknik Sabak Bernam (2009 - 2011), Politeknik Tanjung Malim (2011) dan Politeknik Shah Alam (2011 hingga 5.2.2017)

Secara rasminya saya mengundur diri pada 6.2.2017.