Cappadocia


Kami menginap di Kismet Cave Hotel milik Faruk Kelles selama 3 malam dengan menyewa 5 bilik. 3 bilik di dalam gua dan 2 bilik biasa. Cave room agak sejuk walaupun heater berpasang. Kami menggunakan bas mini Mercedes 16 seater dan pemandu (Mustafa) untuk semua aktiviti di Cappadocia hingga ke Bursa selama 5 hari. (EU1300).

HARI 1
(Isnin 25.4.2016)



SARAPAN BERSAMA FARUK 

Selepas subuh pukul 5 pagi, semua jemaah sudah segar kerana mendapat rehat yang cukup dan bilik yang sangat selesa. Cuaca agak dingin dan pagi masih awal. Sementara menunggu Faruk menyediakan breakfast,  Abang Khalib (menaiki kereta dengan Faruk) pergi ke rumah mengambil free range eggs (telur ayam kampung) dan homemade yogurt juga pergi membeli roti , kami bersiar-siar di kawasan sekitar. Bagi yang tak makan roti, memasak nasi di dapur, macam rumah sendiri. Akhirnya Faruk yang bersarapan dengan nasi dan sambal ikan bilis. kami yang makn turkish scrambled eggs.



Hotel gua dalam proses pembinaan, memang ditebuk gua untuk dijadikan bilik.

Jalan raya Goreme yang masih sunyi

Cuaca berangin, belon tidak dapat terbang jadi pekerja membuat kerja senggaraan
Kami dimaklumkan bahawa cuaca sehari dua ini agak berangin dan tiada hujan, jadi belon tidak dibenarkan terbang. Nasib juga kami bercadang tinggal di sini beberapa hari. Kemungkinan jika esok hujan, Hari Rabu belon boleh terbang. Hujan akan mengurangkan angin dan mencerahkan langit. Indahnya hukum alam yang dijadikan oleh Allah s.w.t.

Belon terbang dengan kuasa anginnya sendiri yang membantu navigasi. Kita cuma mampu berdoa semuga ada rezeki untuk naik belon.
keluarga Aina & Jazam




Menikmati sarapan Anatolian bersama tuan punya hotel


NEVSEHIR PAZARI

Selepas sarapan,pukul 9 pagi, Mercs yang disewa sampai. Pemandu kami Mustafa berusia 55 tahun yang berpengalaman lebih dari 30 tahun membawa pelancung ke serata Turki. Boleh berbahasa Inggeris.

Mustafa membawa kami ke pasar peladang tempatan di Nevsehir. Pazari ini cuma sehari seminggu. Tergamam dengan longgokan buah-buahan segar dan manis, mulberry hitam dan strawberry yang gemuk-gemuk.

Di dalam bangunan, petani menjual pelbagai hasil pertanian tempatan sementara hasil ternakan di jual di kawasan letak kereta, seperti lembu.. masih berada di atas lori.











AVANOS

Hari ini ada aktiviti basikal di Goreme, macam kita punya Tour de Langkawi... jadi banyak jalan di tutup. Jadi kita berjalan ke kawasan luar Goreme.

Selepas Nevsehir, kami ke Avanos. Avanos adalah sebuah bandar ditepi sungai yang sangat cantik. Airnya biru bersih. Sungguh aman kawasan sekitarnya. Sebuah jambatan gantung menghubungkan pekan Avanos dengan kawasan makan berasaskan ikan. Kami menikmati keindahan dan suasana damai Avanos sambil makan aiskrim dan gelato di tepi sungai sebelah masjid.












GURAY MUZE (UNDERGROUND CERAMIC MUSEUM)

Muzium ini agak berbeza kerana ia berada di dalam gua di bawah tanah yang ditarah dan menghasilkan ruang-ruang pameran yang berseni. Barang seramik agak mahal, tetapi cantik dan kualiti lebih tinggi dari tempat lain. cseramik fairy chimney cappadocia berharga TL5 atau RM7.50 sedangkan di tempat lain boleh dibeli dengan harga TL1 atai RM1.50.




GOING OFF ROAD BACK TO GOREME FROM AVANOS

Semua jalan raya ke Goreme ditutup kerana ada perlumbaan basikal. Mustafa yang berasal dari Cappadocia telah membawa bas menggunakan jalan tidak bertar melalui ladang delima dan kawasan yang dilalui hikers, ATV dan penduduk tempatan. Alhamdulillah, kami dapat melihat pemandangan yang tidak dapat dilihat kalau menggunakan jalan raya biasa.




Sampai di KCH pukul 4.30 petang, krew makan segera ke dapur memasak nasi untuk late lunch/dinner. Selepas makan dan solat kami bersiap untuk melihat pertunjukan Whirling Dervishes di Art Centre berhampiran Uchisar yang bermula pada pukul 6.30 petang.

WHIRLING DERVISHES

Pada 6 petang, Mustafa membawa kami ke tempat pertunjukan Whirling Dervishes, satu tarian sufi untuk memunajatkan diri kepada Allah swt.  Pergerakan kaki diatur bersama irama gendang. Penceritaan nya menerangkan betapa kecilnya kita di sisi Allah swt dan bagaimana kita mengusyukkan diri meninggikan ketakwaan. Mevlevi yang berpusat di Konya mempunyai sejarah yang tersendiri lebih dari 800 tahun. EU210 untuk 14 orang. Selama 1 jam. Balik dari pertunjukan ini semua orang tidur awal kerana pukul 5.00 dah masuk subuh.




Acara Sema (whirling) - di inspirasikan oleh Mevlana Celaleddin-i Rumi (1207-1273) mempunyai 7 langkah yang berlainan maksud.

Contemporary science definitely confirms that the fundamental condition of our existence is to revolve. There is no object or being which does not revolve, and the commonality among beings is the revolution of the electrons and protons in their atoms, which constitute all things from the smallest particles to the stars in the sky. As a consequence of this similarity, everything revolves and man carries on his life, his very existence by means of the revolution in his atoms, in the structural elements of his body, by the circulation of his blood, by his coming from the earth and return to it, and by revolving with the earth itself. 

It represents a mystical journey of man's spiritual ascent through mind and love to perfection. Turning towards the truth, a dervish grows through love, deserts his ego, finds the truth, and arrives at perfection (Kemal). Then he returns from this spiritual journey as a man who reached maturity and a greater perfection, so as to love and to be of service to all of creation, and to all creatures without discriminating in regard to belief, class and race.  The dervishes, with their head-dresses (representing the ego's tombstone), their white skirts (representing the ego's shroud) are spiritually born to the truth by removing their black cloaks, and they journey and advance to spiritually maturity, at the onset and each stage, holding their arms in a criss-cross position, they represent the number one, and testify to God's unity. While whirling, their arms open, their right hands directed towards the sky and ready to receive God's beneficence, gazing up, they turn their left hands towards the earth and turn right to left, pivoting around the heart.

Revolving around the heart from right to left, they embrace all of humankind, and all of creation with affection and love.(Dari pamplet)





STUNNING SUNSETS FROM THE BALCONY / ROSE VALLEY

Jaluran merah samar meliputi bukit-bukit tanah kapur Goreme amat cantik ketika matahari mula terbenam.  Pemandangan ini dapat di nikmati dengan jelas sambil bersantai menunggu azan magrib, di balkoni Kismet CH. Sungguh aman dan nyaman.







HARI 2
(Selasa 26.4.2016)


Memandangkan semalam tiada hujan, hari ini masih tiada penerbangan belon. Selepas sarapan kami ke Pigeon Valley dan kemudian naik ke Uchisar Castle.

PIGEON VALLEY (GUVERCINLIK)

Laluan kegemaran hikers, lembah merpati ini menyambungkan Uchisar dengan Goreme. Pemandangan cukup cantik disepanjang lembah dengan batu berbentuk yang berbagai.



UCHISAR CASTLE

Puncak tertinggi di Cappadocia, kekadang diliputi awan; adalah fairy chimney tertinggi dan boleh di lihat dari seluruh pelusok Cappadocia. 5 km dari Goreme, laluan ke Nevsehir.


Pemandangan perkampungan Uchisar dari castle 

Selepas turun dari Uchisar Castle
Turun dari Uchisar Castle, Mustafa membawa kami singgah ke Leather Factory Outlet, barangan kulit yang dibuat dari lambskin.. lembut.


PICNIC AT OPEN PANORAMA

Selepas itu kami berhenti di Open Panorama Cafe untuk makan tengahari. Makan bersama keluarga besar adalah saat yang paling seronok. Bermacam bekal di bawa. Nasi lemak sambal sotong dan telor, rendang tok dan sambal itam.  Tempat minum kopi ini sangat selesa, terhindar dari angin yang sejuk dan terdapat pemanas traditional.  Selepas makan kami menikmati turkish coffee yang dihidang dengan seketul pemanis. Sambil menikmati panorama Love Valley yang indah luas terbentang dengan susunan batu-batuan yang berbagai rupa.










LOVE VALLEY

Salah satu lembah yang mempunyai pelbagai rupabentuk batu-batu yang mengindahkan pemandangan.






CAVUSIN VILLAGE

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Perkampongan kristian yang ditinggalkan pada tahun 1923 melalui Perjanjian Exchange antara Turki dan Greece. 1.5 juta Greeks (kristian) dari Anatolia dihantar ke Greece dan 500,000 muslim di Greece di hantar ke Turkey.  Kawasan perkampungan ini juga telah mengalami kerosakan akibat hakisan dan gempa bumi.




PASABAG


Singgah juga di Pasabag untuk melihat fairy chimney batuan kapur berbentuk cendawan yang unik.




GEMSTONE OUTLET

Sebagai last stop of the day, Mustafa singgah di OZler Arts Centre untuk melihat dan membeli jewellery dan gemstones terutamanya sultanite - batu yang berubah-ubah warna.

Disediakan untuk pelancung sebagai aktiviti ekonomi penduduk tempatan. Harga mungkin sedikit mahal tetapi kualiti dijamin.


Sepanjang perjalanan pulang hujan renyai-renyai. Alhamdulillah, ianya petanda baik, esok cuaca baik dan belon boleh terbang.. insyaAllah jika ada rezeki.




IN-HOUSE DINNER

Ingin juga merasa home cooked Anatolian dishes. Keluarga Faruk telah memasak daging atau baked lamb with aubergine, salad, sup lentil dan nasi pilaf. Anatolian jarang makan nasi. Juga baklava sebagai pencuci mulut.




salata

lentil soup sebagai starter


pilaf rice


baklava


ANATOLIAN BREAKFAST

Setiap hari Faruk sediakan sarapan; buah-buahan, roti, keju dan manisan. Kami juga ajar dia makan makanan melayu - nasi lemak dan sambal tumis.  Mereka banyak makan roti dan roti sangat lah fresh dan sedap. Sentiasa beli freshly baked. Yang tak abis petang nya di bawa pulang.. beri makan ayam dan itik kot.








HARI 3
(Rabu 27.4.2016)


Sekitar 5 pagi Faruk mengejutkan merka yang nak naik belon. Selepas solat subuh van datang mengambil 5 ahli keluarga yang akan naik belon. Yang tidak naik, menikmati keindahan belon-belon yang naik dari balkoni KCH kerana di sekitar KCH terdapat beberapa stesen atau pusat belon naik.


HOT AIR BALLOON

Semenjak sampai Cappadocia cuaca berangin. Alhamdullilah Allah swt nak beri rezeki kepada keluarga kami untuk naik belon.  Jika ke Cappadocia ini aktiviti wajib (sekitar RM600 seorang) tetapi bergantung kepada cuaca.  Hari ini cuaca cantik sekali. Van mengambil peserta dari Kismet sebelum subuh.  Sampai di pengkalan, mereka diberi jamuan alas perut.

MENYEDIAKAN BELON





Semua penumpang dah masuk dan tujahan haba bersedia untuk menaikkan belon ke udara


BELON NAIK SEBELUM MATAHARI TERBIT




PEMANDANGAN CAPPADOCIA DARI UDARA






MATAHARI MULA MENYINSING DARI UFUK TIMUR










PENERBANGAN TURUN KE BUMI

Belon diterbangkan turun atas trailer, jadi trailer bergerak ke arah bakul belon.  Mereka cukup cekap!



Yang tak naik belon, melihat belon dari balkoni Kismet kerana lapangan belon berada di sekitar Goreme.




Selepas naik belon dan sarapan, tiba la masa untuk berangkat ke Konya. Datang ke Kismet disambut Faruk sebagai keluarga dan kami juga rasa sedih meninggalkan Khairun Nisa yang kami dah rasa macam keluarga. Semuga kita dapat bertemu lagi, insyaAllah.

Kami juga telah membeli berbotol-botol homemade jam dari Faruk. Sesungguh perjalanan ini membina silatulrahim dan mendekatkan sesama insan.






SULTANHANI CARAVANSERAI

Pukul 8.30 pagi, kami memulakan perjalanan dari Goreme menuju ke Sultanhani Caravansaray.

Perjalanan ke Konya lebih kurang 3 jam, tetapi kami memilih jalan agar kami dapat menuruti laluan sutera dan melihat caravanserai, iaitu tempat persinggahan pedagang pada era tersebut.





Muqarnaz


Selepas rehat kami meneruskan perjalanan ke Konya.





No comments:

Post a Comment