Kyoto

Sampai dari Hiroshima, di Kyoto Station, kami ke Reiah Hotel di Ishiyama untuk bermalam. Kami tidak menginap di Kyoto City kerana mahal dan kami memerlukan lokasi yang mudah untuk mengambil train ke Kyotango.

Kyoto  (京都, Kyōto) adalah ibu kota Jepun yang asal dan tempat kediaman Maharaja Jepun di sekitar tahun 794 hingga 1868. Bandaraya ke 7 besar dan berpenduduk 1.4 juta manusia.


Bangunan Kyoto Station (京都駅, Kyōto-eki) sangat besar dan mempunyai rekabentuk futuristic oleh Akitek Hara Hiroshi, yang cuba menonjolkan Kyoto sebagai kota bersejarah melalui modern aesthetic. Anchor tenant is Isetan.

Ruang legar nya di penuhi dengan bumbung terbuka dari besi waja yang dikenali sebagai The Matrix, yang melambangkan struktur bangunan stesen dan rangkaian jalan-jalan di Kyoto.

 


Stesen ini menyambungkan Japan Railways (JR) termasuk Tokaido Shinkansen, Kintetsu Railways dan Karasuma Subway Line.

Di kiri kanan Stesen Kyoto ialah kawasan Karasuma yang menghala ke utara dan agak sibuk (Kyoto Tower) dan Hachijo menghala ke selatan.



Roof garden
Hotel Reiah Otsu Ishiyama

Tempah di sini untuk memudahkan perjalanan dan agak murah. Semua Hotel di Jepun mahal dan kecik terutama di tengah bandaraya. Hotel ini terletak di antara Kyoto dengan Osaka. Kena naik keretapi biasa dalam 10 ke 15 minit, 3 stops. dan berjalan kaki dari Ishiyama Station.

free breakfast... feveret tu.. miso sup


Pemandangan dari Reiah Hotel, laluan keretapi di celah-celah rumah, really fascinating.







Selepas sarapan, kami ke Stesen Kyoto semula untuk ke Kumihama.




No comments:

Post a Comment