England

Pengembaraan ke Negeri Omputih ini ialah pada 9 hingga 21 November 2015. Iaitu 13 hari 12 malam. Itinerari nya London (3M), Manchester (2M) dan Bodmin, Cornwall (7M).


Flight ke London pada jam 3.45 pagi dari KLIA, selama 12 jam. Sampai Heathrow pukul 9.15 mlm hari yang sama iaitu Isnin 9.11.2015. Musim luruh dan waktu siang nya agak singkat. Kami terus membeli Oyster Card (macam Touch N Go) untuk kegunaan di London.






Kami menaiki Tube Picadilly Line dan berhenti di Picadilly Circus untuk ke Bakerloo Line. Naik Tube di sini untuk ke Edgware Road Station. Berjalan kaki ke Rumah Umi di 107 Church Street, Marylebone. Menyewa 1 bilik Rumah Umi untuk 4 orang. Sampai hampir tengah malam tapi Umi masih menunggu dan sudah menyediakan nasi lemak sebagai menyambut kedatangan kami. Alhamdulillah.
Bilik untuk 4 orang
Church Street daily market



HARI 1 KOTA LONDON

Selepas sarapan, kami berlegar di kawasan sekitar Rumah Umi. Di hadapan ada Tesco dan Church Street ada pasar harian. Kebanyakan peniaga berasal dari negara luar. Kawasan ini ramai muslim kerana Masjid Besar London adalah berhampiran. Senang dapat makanan halal.

Q tunggu bas HOHO

Kami ke tengah Ibu Kota London; naik Hop On Hop Off bus (BP22 seorang) ke National Gallery, Trafalgar Square, River Thames, Tower Bridge, Parliament Square, Westminster Bridge, Hyde Park, Marble Arch, St Paul Cathedral, Tower of London dan Oxford Street.

OXFORD STREET




NATIONAL GALLERY


TRAFALGAR SQUARE



TOWER BRIDGE


BUCKINGHAM PALACE


BRITISH PARLIEMENT / WESTMINSTER





MARBLE ARCH AND HYDE PARK


HARRODS AT KNIGHTSBRIDGE
Harrods pada waktu malam


HARI 2 OXFORD

Hari ini mula menyewa kereta dari Avis untuk 10 hari (BP305.80 = RM2,075.59). Kami menuju Thornhill Park n Ride untuk tinggalkan kereta dan memasuki bandar Oxford dengan bas yang disediakan (berbayar wei...).







Kemudian kami ke Bicester Village yang dah tak jauh dengan Oxford. Orang Malaysia tak sah kalau ke London tak menjenguk BV, factory outlet of branded goods.  Memandangkan kami bukan penggemar jadi berlenggang tangan kosong aje lah...





HARI 3 PERJALANAN KE MANCHESTER

Bertolak awal pagi dari rumah Umi, Tesco di UK buka dari pukul 6.30 pagi  untuk orang bekerja mendapatkan sarapan dan packed food (Malaysia 8.00 pagi untuk orang beli groceries). Melalui Northhamptonshire dan Leicestershire, juga Loughborough (dulu duduk sini selama 4 tahun, 1980 - 1984) Stoke on Trent dan Warrington. Lebih kurang 4 jam perjalanan dan 240km.


LOUGHBOROUGH




Sampai di Rusholme Place, rumah Wana untuk 2 malam.





HARI 4 MANCHESTER DAN LIVERPOOL

Kalau ke sini, mesti la ke Stadium Old Trafford (Club Manchester United) dan Anfield Stadium (Liverpool FC). Naik ke tanah tinggi Peak District.



ANFIELD STADIUM LIVERPOOL




HARI 5 PERJALANAN DARI MANCHESTER KE CORNWALL, SINGGAH DI BRISTOL

Sampai ke rumah Diana di Filton, Bristol. Bagus anak-anak ni... masak kan lunch untuk kami.





LAKEVIEW COUNTRY CLUB

We booked this TimeShare from Saturday 14.11 hingga Friday 20.11.2015 (kena balik awal sebab Hani nak balik Kuantan pulak hari Ahad).



SUNDAY 15.11.2015

Hari ini ke Newquay, Bodmin dan Eden's project juga Cornish World market at St Austell. Pekan kecil aje semua nya. Kira kampung lah...












No comments:

Post a Comment