Perth Australia



27hb Julai 2014 dan Ramadhan terakhir tahun ini, adalah kali pertama kami menjejakkan kaki ke Perth, Western Australia. Selama 10 hari dan 9 malam.



Destinasi pertama dan untuk penginapan ialah Malaysia Hall Perth. Esok 28hb Julai 2014 adalah Aidil Fitri.


Sambutan dan sembahyang hari raya di Surau MSD bahagian basement.

MHP terletak di Northbridge, kawasan yang mempunyai banyak restoran dari pelbagai masyarakat dunia terutama nya dari Asia.



 Kalau ke Perth mestilah merasa the best apple pie di Corica berharga AUD20 sekotak.

landscape yang cantik dari MHP ke kawasan kedai Northbridge.
Northbridge Piazza
 CAT buses

Berjalan-jalan di sekitar Perth city, kita cuma naik CAT buses yang disediakan percuma mengikut laluan yang disediakan. Blue CAT, yellow CAT dan green CAT.

Ke Harbour Town yang terkenal dengan beberapa factory outlet, kena naik green CAT. Aktiviti feveret di Australia ialah membeli supplement and health food buatan tempatan.


Makanan halal di Harbour Town


 Untuk kemudahan komuniti tempatan, child care centre di sediakan di dalam bandar dan boleh menaiki CAT bas laluan biru.




CBD


Di kawasan sekitar MHP banyak kedai Asia yang menjual rempah ratus untuk masakan orang Malaysia.
Masjid Perth tidak jauh dari MHP



 Banyak kedai makanan halal di Perth City, kami mencuba makan di Restoran Libya.

Nasi dan ayam masakan Libya


bersantai sambil menikmati kopi dengan cuaca yang nyaman dan suasana yang tenang.
Untuk keluar dari Perth City, selain menggunakan bas, kita boleh juga naik keretapi.




Walaupun sebuah city, tetapi ianya tidak sibuk dan boleh la pergi tengok wayang jika mahu.






No comments:

Post a Comment