Jika ke South Island, MESTI pergi ke Piopiotahi atau Milford Sound.
Ahad 31hb Oktober 2016, selepas sarapan, kami bersiar-siar di Tasik Te Anau. Cukup indah dan nyaman. Jika ke sini ambil la beberapa hari untuk betul betul menikmati keindahan anugerah Allah swt kepada kita.
dua rakan ini sungguh mengasyikkan.. melukis sambil di dendangkan lagu |
Kemudian kami menyusuri SH94 memasuki Fiordland National Park.
Kebanyakan puncak gunung masih diselaputi salji. Salji yang mencair turun dari puncak membentuk glacier.
Alpine parrot @ Kea |
Mitre Peak |
Walaupun hujan, tetapi itu lah cuaca yang terbaik ketika mengunjungi Piopiotahi.
sejenis lagi burung di kawasan fiord Milford |
kapal bersiar siar di kawasan fiord Milford |
Perjalanan di teruskan ke Mossburn, Kingston, kemudian menyusuri tebing Lake Wakatipu menuju Arrowtown, selepas jambatan Arrowtown kami naik ke Crown Range yang berzigzag tebingnya, jalan tiada penghadang tebing, dan turun ke Cardrona Valley. Sampai Aspiring Lodge Motel pukul 9.00 malam.
Look out point Crown Range |
No comments:
Post a Comment