Home

Blog ini menceritakan perjalanan menikmati keindahan dunia yang dianugerahkan kepada manusia secara amnya dan kepada penulis khususnya.

Namun peluang dan rezeki anugerah itu kekadang tidak disedari dan tidak di gunakan sepenuhnya. Blog ini juga merupakan refleksi kepada satu kehidupan seorang pengembara dunia, sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan cuma suatu perjalanan, yang kekal abadi adalah di Akhirat nanti. Jadi sebaiknya perjalanan sementara ini dihayati sepenuhnya dengan penuh rasa kesyukuran kerana diberi peluang. YOU ONLY LIVE ONCE.

Telah mula meninggalkan rumah keluarga untuk tinggal di asrama di Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong, Pahang pada usia 13 tahun (1971).  Memandangkan SMS tidak mempunyai asrama puteri pada ketika itu, pelajar perempuan menginap di Asrama Puteri Sekolah Menengah Benus, Bentong.  Kemudian melanjutkan ke Form 4 di Sekolah Menengah Sains Pahang, Kuantan Pahang. Pada tahun ini juga (1976) telah memasuki F4 di Sekolah Menengah Teknik Kuantan dalam kelas Kejuruteraan Awam selama 2 bulan dan menginap di Asrama Puteri SMK Alor Akar, Kuantan.

Menduduki MCE pada tahun 1977 dan masuk ke kelas Lower 6 pada awal 1978 sementara menunggu keputusan melanjutkan pelajaran.

Pada September 1978 bermula lah perjalanan merentasi benua kerana diberi peluang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.  Bermula dengan menduduki A Levels di Exeter College, Devonshire, pada tahun 1980 dan seterusnya melanjutkan ke peringkat BSc (Hons) di Loughborough University of Technology, Leicestershire,  serta kembali ke Malaysia pada Julai 1984.


Selama 14 tahun pada usia agak muda, peluang dan rezeki di bentangkan dalam bentuk perjalanan hidup yang sangat berwarna warni dan berjauhan dengan keluarga. Pengalaman hidup begini menjadikan diri berdikari, terpaksa membuat keputusan sendiri dan kadang-kadang amat sunyi. Ada ranjau, ada silap dan ada musibah, ini menjadikan diri tegar dengan dugaan dunia dan menerima seadanya apa yang melintang dan redha dengan kedaifan diri sendiri. MasyaAllah, semua ini adalah anugerah Allah swt yang maha esa, maha penyayang dan maha mengetahui.

1 comment:

  1. dan ada life... :)
    congratulations on the birth of this new baby.

    ReplyDelete