Di Tullamarine Airport, kita naik shuttle bus ke city centre, beli tiket family.. murah dan jimat. kemudian beratur. Kebanyakan orang menggunakan servis ini, sangat selesa dan memudahkan kerana Hotel yang akan kami diami juga berada seberang jalan sahaja dari Terminal Bus.
Bangunan seberang jalan sebelah kiri itu adalah terminal bas ke airport |
ruang bawah yang cantik, ada taman |
Booking bilik untuk 3 orang, maklum la nak murah. Dapat bilik aras bawah yang sempit dan sejuk. Berlaga lutut. Sampai dah lewat, terus tidor. Nasib baik pihak hotel beri free upgrade ke bilik di tingkat 1. Alhamdullih.. punya la besarnya.. double size dari bilik sebelumnya.
MELBOURNE CITY CENTRE
stunning skyline |
rekabentuk bangunan yang menarik |
Yarra River |
train station, Flinders |
free tram |
inside the wooden tram |
GREAT OCEAN ROAD TOUR
Kami peruntukkan satu hari dengan mengambil Day Tour dari Gray Line. Pukul 8 naik bas dan balik semula ke Hotel pada petang nya. Memulakan perjalanan dari West Gate Bridge untuk melihat pemandangan menarik Port Philip Bay.
Bas menyusuri kawasan pantai Surf Coast dengan pemandangan pantai yang cukup indah. Selepas menikmati teh yang disediakan oleh pemandu bas (juga pemandu pelancong), bas menyusur lagi sepanjang Jalan Great Ocean. Berhenti di pekan kecil Lorne.
Laluan bas di lereng bukit sebelah laut, pemandu memang cekap dan trafik pun tiada. sambil memandu sambil bercerita. mengenai rupabentuk persisiran pantai dan juga sungai dan tumbuhan.
Berhenti di Otway National Park dan Koala Conservation centre. Di sini banyak pokok eucalyptus yang merupakan makanan kepada koala yang pemalu.
Enjoy an Aussie style Bush Billy Tea with lamingtons, Vegemite and crackers - old fashioned hospitality ... what a treat!
Singgah minum dulu, teh di masak oleh pemandu bas. |
|
batu batu apostle yang masih terus terhakis |
pemandangan yang sangat indah |
Turun Gibson Steps untuk melihat 12 Apostles dengan lebih dekat |
LOCH ARD GORGE
Cerita sedih bagaimana susahnya orang-orang dahulu mula mendarat di Australia di kawasan yang tiada pantai tetapi tebing yang tinggi seperti di Loch Ard Gorge ini.
THE WRECK
KOALA CONSERVATION CENTRE
PENGUIN PARADE
Ambil Half Day Tour ke Philip Island untuk melihat Penguin dan Koala Conservation Centre untuk melihat Koala.
QUEEN VICTORIA MARKET
Sebagaimana pasar-pasar buah dan sayuran, kebanyakan peniaga adalah dari keturunan China yang telah lama menjadi penduduk benua Austalasia, begitu juga di sini.
Lapar.. makan la fish n chips |
BLACK COW AND BLACK ANIMALS OF DOWN UNDER
Sesuatu yang menarik, semua binatang seperti lembu, itik, ikan juga ular di Australia asalnya berwarna hitam.
No comments:
Post a Comment