Alhamdulillah, pada tahun ini saya berpeluang mengikuti Lawatan sambil Belajar anjuran Bahagian Latihan BPP ke Germany pada 27 Oktober hingga 11 November 2006. Penerbangan dari KLIA ke Frankfurt dan ke Koln. Kami menginap di Crowne Plaza Koln. Kursus dilaksanakan di Carl Duisberg Centren @ CDC sehingga 2.11.2006, sambil kursus teori di selikan dengan lawatan ke beberapa institusi teknikal. Hujung minggu itu kami dibawa ke Schumaker Kart. Schumaker memulakan kerjaya nya dengan mengasah bakat pemanduan di Kart Track.. jadi dia membina pusat ini bagi memberi inspirasi kepada sesiapa yang ingin menceburkan diri di bidang prix racing.
|
Suami hantar ke KLIA sahaja.. |
|
Bangunan di antara dua jalan |
Pada Ahad 4.11.2006 kami membuat perjalanan persendirian ke Amsterdam dengan menaiki ICE, keretapi express antara Koln dan Amsterdam.
|
stesen keretapi Koln sementara menunggu ICE |
|
di luar stesen keretapi Amsterdam Centraal |
|
Musim luruh waktu magrib awal.. hari dah gelap |
|
River cruise adalah acara wajib bagi meneroka terusan Amsterdam |
|
sepanjang sungai terdapat bangunan lama. zoom untuk lihat pulley yang tergantung di luar attic. |
Rumah-rumah lama (Dutch:
grachtenpand) di sepanjang terusan ini dipanggil
canal house. Rumah ini di bina meninggi, kurus dan dalam. Kebanyakan bangunan di sini dibina dengan ciri keselamatan dari banjir yang tersendiri, mempunyai pintu depan yang tinggi dan menggunakan tangga. Rumah-rumah ini mempunyai
basement, loft dan
attic untuk menyimpan barang dagangan seperti rempah ratus, kapas dan juga koko. Setiap rumah ada
pulley yang dilekatkan di attic yang digunakan untuk mengangkat barangan tersebut.
|
terdapat juga rumah di dalam terusan, kalau di Pahang kita panggil rumah rakit |
Tidak sah juga kalau tidak ke Red Light District yang berdekatan.
|
hiasan Christmas yang akan menjelang |
Selepas satu minggu berada di Koln, minggu kedua kami dipecahkan kepada kumpulan kecil dan berpindah ke tempat yang berbeza. Saya, Puan Ma Fatimah dari POLISAS dan Encik Khamis dari Poli Kuching di hantar ke Wurzburg, satu bandar bersejarah.
|
sebahagian dari kami |
Kami bertiga menaiki keretapi ke Wurzburg menyusuri hutan dan pemandangan daerah Bavaria yang sangat cantik.
Kami menginap di Hotel Gruner Baum dan buat attachment di SKZ Plastic R & D selama 1 minggu. Coordinator kami adalah Sylvia. Selepas habis attachment Sylvia membawa kami melawat tempat-tempat menarik disekitar Wurzburg.
|
Hotel penginapan |
|
tempat attachment |
Selepas habis kursus kami menaiki keretapi ke Frankfurt untuk berkumpul semula dengan semua ahli kursus untuk penerbangan pulang ke Tanah Air.
No comments:
Post a Comment