Oamaru NZ

Pada pagi Ahad 30 Okt 2016, selepas sarapan, kami memulakan perjalanan untuk bermalam di Te Anau, kawasan Fiordland.



Melalui pekan kecil Methven dan Ashburton, kami menyusuri SH1 ke Temuka, Timaru, St Andrews (teringat Scotland la pulak), Glenavy, Waitaki Bridge dan Oamaru. Cuaca sangat cantik dan ramai orang mengambil peluang cuaca baik ini dengan membawa keluarga bersiar-siar.





Tujuan singgah di Oamaru ialah melihat Oamaru Blue Penguin colony. Pagi-pagi penguin sudah turun ke laut mencari rezeki kecuali babies dan yang tak rhot, berada di dalam sarang mereka.. jadi tak jumpa la penguin. Walaubagaimanapun, diberi rezeki jumpa 2 ekor seal ini sedang bermalas malasan dan berjemuran (sun-bathing)... seronok nya.

no 1

no 2

Bandar Oamaru dari pier


Kami meneruskan perjalanan yang agak jauh ini dan berhenti di tepi pantai berhampiran Hampden untuk makan bekal.

the driver enjoying mum's cooking

burung-burung ini tak mau lari
Kami melalui Palmerston, Dunedin city, Milton, Balclutha, Clinton, Pukerau dan Gore untuk singgah ke tandas. Kemudian Mandeville, Riversdale, Balfour, Lumsden, Mossburn dan Te Anau. Perjalanan hampir 10 jam. Sampai di Te Anau sudah hampir 8 malam, tapi belum magrib dan hari masih terang.


Unit no 22, one-bedroom sleeps 4

black sheep
sunset.. wow.. mesmerising




No comments:

Post a Comment