SIRINCE
Perjalanan dari Pamukkale agak jauh dan kami tiba ke Sirince hampir tengah malam. Sirince terletak di selatan Izmir berhampiran dengan Selcuk dan Ephesus. Satu malam sahaja di sini, menginap di Kirkinca Pansiyon dengan menyewa 5 bilik (3 buah rumah).
Şirince, dahulunya Kirkince atau Çirkince, adalah sebuah kampong berpendudukan 600 orang, di atas pergunungan di Tengah Aegean. Sebelum 1923, penduduknya orang Greek Kristian dan penduduk muslim setempat masih mengekalkan budaya dan rumah-rumah Greek sebagaimana dahulu.
Dari segi sejarah, perkampungan Sirince ujud bila penduduk berhampiran lari dari kawasan Ephesus ke pergunungan. Nama Cirkinke bermaksud 'buruk' supaya orang tak mahu pergi ke situ. Nama ditukar kepada Sirince yang makna nya 'cantik'.
Berhenti di restoran di tanah rata sebelum naik ke gunung untuk makan malam, air yogurt.. semua orang tak boleh minum tapi sebenarnya ia adalah delicacy tempatan.
SARAPAN PAGI DI SIRINCE
Sarapan di ruang atas sambil menikmati pemandangan kampung pergunungan yang sangat awesome |
PENGINAPAN
Rumah 2 bilik untuk Mak dan Kak Nor |
Rumah 2 bilik 2 tingkat untuk 3 bujang ini... really nice and comfy |
ROUND KAMPUNG
Dah masuk Mei, musim bunga Ros. |
Menjual barang kepada pelancung |
Mak dan 4 orang anak perempuan nya |
3 beradik |
SAYONARA SIRINCE YANG INDAH
Dihadapan adalah Mustafa, pemandu kami dari Cappadocia ke Bursa. Turut bergambar ialah tuan punya pansiyon, Hussein.
No comments:
Post a Comment