Turkey

TURKIYE

Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. 

Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Greece di barat; GeorgiaArmenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua.

Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantine dan Empayar Turki Uthmaniyyah. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Baratyang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh. (Wikipedia Melayu)


Itinerari perjalanan ialah dari Kuala Lumpur ke Dubai (1M) dan Istanbul, kemudian ke Cappadocia (3M), Konya (1M), Pamukkale, Sirince (1M), Bursa (2M) dan Istanbul (4M). Dari 23.4.2016 (Sabtu)  hingga 6.5.2016 (Jumaat), selama 14 hari 12 malam.

Pengembaraan ini membawa keluarga besar kami yang diketuai oleh mak iaitu Habsah (77) dan 4 anak perempuannya; Nek Norehan (62) Nik Zaleha (57) Islamizam (51) dan Nik Fauziah (42), seorang cucu Nik Amar (6) dan seorang menantu Safri (67). Md Zahar (58) membawa adiknya Balkis (49) dan kakaknya Badariah (66) serta suami Khalib (73). Aina Yahya (63) membawa suaminya Jazam (73) dan 2 anak perempuannya Ayu (41) dan Zuli (29). Seramai 15 orang.

Ramai anak cucu dan rakan (Zul & keluarga) menyerikan suasana

Penerbangan EK347 pada 7.20 malam Sabtu 23 April 2016, dengan Emirates selama 6 jam membawa kami ke Dubai International Airport (10.15 mlm) untuk bermalam. Di sini kami menyewa 3 bilik (the most expensive room for the whole journey) dan keesokan harinya kami mendapat complimentary breakfast dari Emirates Airline.






Kami meneruskan penerbangan seterusnya pada 11.20 pagi selama 4 jam dengan Emirates EK123 menuju Atartuk International Airport Istanbul (2.55 ptg). Dari Domestik Airport jam 9.25 mlm kami menaiki Turkish Airline TK2018 (1 jam) untuk ke Kayseri Cappadocia (10.45 mlm) sebagai destinasi pertama di Turkiye.

Atartuk Domestic Airport, Istanbul

Turkish Airline... lovely Roziana 2 yo 


Mustafa telah menunggu kami di airport dan terus membawa rombongan ke Kismet Cave Hotel, Goreme, Cappadocia.


2 bilik bersambung dalam gua, boleh muat 6 orang.

Bilik gua, sejukkk....

Bilik gua untuk keluarga Aina&Jazam, 4 orang.... yeayyy...

2 comments:

  1. Tak sabar menunggu yang seterusnya kak nik... :)

    ReplyDelete