Sampai di Konya, kami ke Alaeddin Hill. Malangnya Alaeddin Camii dalam proses ubahsuai dan niat untuk solat di situ tidak kesampaian. Jadi kami bersantai di Alaeddin Hill dan menikmati tulips yang masih ada di kawasan tersebut. Makan aiskrim TL1 dan sejenis lempeng TL12.
HOTEL BAYZADE
Mustafa kemudian membawa kami ke Beyzade Hotel, sambil melihat dari kenderaan Ince Minare Medrese. Di sini kami menyewa 5 bilik untuk 15 orang.
2 bilik dengan triple beds
1 bilik dengan 4 single beds
2 bilik dengan double beds
Sampai Konya sudah petang tetapi Mevlena Muzium dan kedai masih buka. Ada yang pergi shopping. Pakaian muslimah di Konya sangat trendy dan murah jika dibandingkan dengan Bursa mahupun Istanbul.
2 bilik dengan triple beds
1 bilik dengan 4 single beds
2 bilik dengan double beds
Sampai Konya sudah petang tetapi Mevlena Muzium dan kedai masih buka. Ada yang pergi shopping. Pakaian muslimah di Konya sangat trendy dan murah jika dibandingkan dengan Bursa mahupun Istanbul.
MEVLANA MUZIUM
Kami bergegas ke Mevlana Muzium sebelum ia tutup. Tiada bayaran masuk.
Tulip di penghujung bulan April |
MASJID (CAMII) SELIMIYE
berhadapan Mevlana Muzium |
TRAM DI KONYA
Bandar Konya yang bersih dan teratur |
AWAL PAGI SEBELUM MENINGGALKAN KONYA
Penginapan di Bayzade Hotel cuma untuk 1 malam, kerana perjalanan ke Sirince agak jauh dan kami ingin singgah sahaja di Pamukkale, Denizli.
SARAPAN DI BAYZADE HOTEL KONYA
TOILET PITSTOP DI RNR
Dari Konya, kami memulakan perjalanan ke Pamukkale untuk melihat cotton castle.
MEVLAM RESTORAN
Berhenti untuk makan tengahari di Mevlam Restaurant dan solat di masjid berhampiran Dinar.
MASJID
Jemaah masjid tolong ambik keratan pokok tin |
No comments:
Post a Comment