Pengembaraan kedua ke
Islamic Republic of Iran berlangsung dari 8 hingga 20 April 2018 bersama dengan suami tercinta.
JUST THE TWO OF US.
Duit Iran adalah Rial dan Toman. 1 Toman = 10,000 Rial (umpama RM1.00)
Itinerari perjalanan adalah
8.4.2018 (Ahad) - Penerbangan dengan AirAsia D7 776 dari Kuala Lumpur pada jam 7.40 petang dan tiba di Tehran lewat tengah malam (RM3,231.70 untuk 2 orang + makan pegi balik dan luggage 20 kg seorang pergi dan balik).
9.4.2018 (Isnin) - 3.30 pagi : Menaiki
taxi airport ke rumah Halimah kerana tiba di Tehran dah melepasi tengah malam. Metro terakhir adalah pada pukul 11.00 malam. Beli tiket teksi di kaunter sebanyak 750,000 rial (75 Toman). Driver teksi yang sangat baik, berusaha bersungguh sungguh mencari alamat rumah dalam keheningan pagi di kawasan perumahan yang agak berbukit. Tuan rumah yang sentiasa awesome sudah menunggu kami dan terganggu tidur nya. Terima kasih banyak-banyak dik.
|
rumah yang berada di tingkat atas, besar, cantik perabot-perabot nya dan sangat selesa. |
9.00 pagi : Tuan rumah buat breakfast mihun macam kat Malaysia pulak. Pastu menaiki SNAP kami ke Mellat Park, Malaysia Embassy, Milad Nur dan MTN.
|
bunga bunga sedang berkembang di Mellat Park |
|
aktiviti sihat, ramai warga Tehran singgah di sini dahulu sebelum pergi ofis |
|
ohhh tulips |
|
pengangkutan awam Tehran |
10.00 mlm : Beyhaghi Bus Terminal Tehran, menaiki VIP Night bus ke Tabriz selama 7 jam. Harga tiket 920,000 Rial untuk 2 orang. Selesa dan tidur ajer sepanjang perjalanan.
10.4.2018 (Selasa) - 6.00 pagi : Tiba di Tabriz
Central Bus Terminal pada waktu Subuh dah nak abis. Tapi sempat la juga. Ruangan solat di sebelah kiri bangunan. Wudu' perlu ambil di bilik air (tak jauh). Jika
travel sebaiknya kita bawa selipar jepun nipis letak celah beg besar.
8.00 pagi : Kami menggunakan teksi (kesian gak mereka ni awal pagi dah mencari rezeki) untuk ke pusat bandar. 50,000 Rial. Walaupun sampai awal untuk Check in Darya Guesthouse, dibenarkan masuk ke bilik di tingkat 2 dan terus di beri breakfast ke bilik. Harga 25 USD 1 malam dan kami menginap di sini selama 2 malam.
|
ada ruang untuk solat. tv dan fridge.. tapi tak guna pun. |
9.00 pagi : Selepas meletakkan beg, kita pun berjalan jalan sekitar bandar Tabriz. Jalan kaki ajer ke Bazaar di Jomhuri Street dengan peta yang diberi oleh Hotel.
|
Entrance, selepas beberapa kali bertanya baru jumpa |
|
Carpet Bazaar.... harga berdollar dollar.. |
|
bahagian tengah bazaar.. kawasan rehat pekerja. jarang jumpa perempuan. peniaga dan pembeli kebanyakan nya lelaki |
|
Jewellery bazaar.. waduh berkerlipan nya |
|
pintu bazaar.. dok sesat ajer.. lengoh kaki |
|
balik ke hotel dan makan di restoran di bawah Hotel Darya. Mula dengan sup lentil dan roti tisu. Nasi dan ayam nya cukup sedap dengan harga 150,000 rial (15 Toman untuk 2 orang) |
Petangnya kami telah menempah teksi Abbas yang pagi tadi untuk membawa kami ke Kandovan dengan kadar 600,000 Rial untuk selama 4 jam.
|
masih ada sedikit salji di pergunungan |
|
Bayaran masuk |
|
kedai dalam gua di Kandovan Osku |
|
rumah kediaman yang masih berpenghuni di bina dalam gua |
|
dah banyak extension ke depan |
11.4.2018 (Rabu) - selepas sarapan, kita jalan-jalan sekitar Bandar Tabriz.
|
sup lentil dan roti tisu. kedai ni mahal |
|
yogurt as side dish... tak berapa nak makan |
|
walking street cukup mendamaikan untuk bersiar-siar |
|
water fountain disediakan untuk sesiapa sahaja |
|
a new mosque next to Tabriz Citadel |
|
Tabriz Citadel at Imam Khan Street |
|
Cari Tourist Information Centre untuk trip ke Jolfa. Pejabat nya di sebelah kanan. Menara di belakang adalah Tabriz Bazaar.
|
|
Blue Mosque dari garden dan bahagian belakangnya |
|
Taman bersebelahan Blue Mosque. |
|
Blue Mosque.. sedikit sahaja yang tinggal bahagian biru nya |