Train Ke2 TSR ialah T4203 dari Jinniang Nan ke Erlian selama 6 jam. Kali ini dapat 2nd Class mixed soft sleeper. Jadi dapat tidor sepanjang perjalanan.
Ahad 8 September 2019
Sampai di Erlian pada pukul 6.50 pagi. Ini adalah keretapi China ke2 yang dinaiki. Keseluruhan perjalanan adalah 10 + 5 + 6 jam i.e hampir 24 jam.
|
Bas yang digunakan untuk menyeberangi No Man's Land. |
|
Nasib baik hotel ni benarkan guna tandas |
|
Bandar Erlian sedang membangun |
Menyeberang Check Point Erlian China
|
turun bas dan masuk di sini untuk cop pasport |
|
keluar di sini dan naik bas semula |
Memasuki Zamyn Uud Check Point
|
Turun dari bas dan berjalan kaki ke Imigresen untuk cop paspot |
|
keluar dari Pos Imigresen Mongolia dengan jaya nya |
|
Gembira urusan sempadan selesai |
Naik semula ke dalam bas untuk bergerak ke stesen keretapi Zamyn Uud. Hotel yang ditempah betul-betul berada di hadapan stesen. Di hotel ini kami solat dan mandi kerana keretapi seterusnya adalah pada jam 5.35 petang. Dari tempat parking bas kami mengambil porter untuk mengangkut beg2 ke hotel.
|
Hotel untuk Rehat & Rawat |
|
Stesen Keretapi Zamyn Uud Mongolia, bersedia untuk menaiki keretapi Mongolia pula |
|
Keretapi Mongolia T3428 dari Zamyn Uud ke Ulan Bator. Second Class soft sleeper , 1 cabin 4 orang |
No comments:
Post a Comment