Pengembaraan Trans Siberia Railway dimulakan dari Beijing. Dari Kuala Lumpur kami terbang dengan Airasia pada 6.30 petang 5 September dan mendarat di Beijing Airport (bukan yang baru designed by Zaha Hadid tu) pada pukul 1.05 pagi. Kami, suami isteri bersama anak no 2 Hadyan dan anak no 5 Hannan. Juga anak no 6 Hani.
selepas mengambil bagasi, melepasi imigresen dan kastam kami keluar dari Airport menuju ke parking, di mana sebuah bas 44 seater telah menunggu untuk membawa kami yang seramai 45 orang ke Hotel Jinjiang Inn. Hotel tidak membenarkan early check in, jadi kami menempah bilik kosong untuk berehat, tidor, solat dan mandi sementara menunggu hari siang
Jumaat 6 September 2019
Hari ini kami berpeluang meninjau Beijing City. Dengan menaiki Metro di hadapan hotel menuju ke Hutong (satu kawasan penempatan lama), kerana Balkis, Aliyah, Atirah dan Ika telah datang sehari awal dan menginap di Peking Youth Hostel. Hani akan bersama mereka sehingga pulang ke Malaysia pada 9 September.
Kawasan Hutong sudah banyak berubah dari 15 tahun dahulu. Letih kaki mencari PYH.
Selepas berjumpa semua ahli keluarga kami menempah kereta dari Apps Didi untuk 6 orang sementara 3 orang menaiki teksi yang di tahan di tepi jalan untuk ke Nuijie. Hari ini Jumaat dan solat Jumaat pada pukul 1.30 petang. agak awal jadi kami pergi makan dahulu di restoran berhampiran.
Ruang solat utama cuma untuk jemaah lelaki. Muslimat solat di bangunan yang berlainan. |
Untuk balik ke Jinjiang Inn, kami menaiki Metro di stesen Tiannanmen East; ada yang masih nak berjalan dan ada yang dah letih.
Sabtu 6 September 2019
Bermula lah pengembaraan TSR. Dari Jinjiang Inn Hotel kami menaiki metro ke Stesen keretapi Beijing Xi (West) untuk menaiki keretapi K617 pada jam 10.24 pagi. Keretapi di China mempunyai beberapa kategori.
Seawal 7 pagi telah mula berkumpul sebelum bersama-sama naik Metro ke Beijing Xi |
Empat beranak |
Geng Asrama benus 1972 hingga 1975 |
Geng Sekolah Sains Pahang 1976 hingga 1978 |
Geng Travel to Iran in 2017 |
K Train di Coach no 8, hard sleeper dengan katil 3 tingkat. |
Ahad 7 September 2019
Selepas 10 jam dalam K617 dengan beberapa singgah, Jam 8.06 malam sampai ke Jinniang Nan. yaitu stesen di Inner Mongolia. Hari sudah mula gelap. di sini terdapat beberapa kedai menjual makanan halal. Security check agak ketat dan pisau buah yang dibawa dah di buang dalam tong sampah. Kami menunggu di ruangan atas untuk trai seterusnya pada pukul 12.55 pagi.
berakhir train pertama TSR, bila sampai di Stesen Jinniang Nan (South) |
Sampai di sempadan Inner Mongolia (masih dalam China) |
No comments:
Post a Comment